Jenayah

Lelaki ditemui rentung dalam pondok

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki penduduk tetap (PR) warga Indonesia ditemui rentung selepas sebuah pondok terbakar di Kampung Raja, Jalan Kuala Ketil di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba Kedah, berkata dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, mangsa, Amran Sidik, 49, ditemui ketika usaha memadamkan kebakaran dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Usaha memadam giat dilakukan menggunakan satu aliran pancutan bagi memadam kebakaran sebelum menemui seorang lelaki yang rentung dalam pondok usang terbabit.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");