Jenayah

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

KUALA KUBU BHARU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahagian bahu jalan di Jalan Bukit Beruntung menghala Hulu Selangor, pagi tadi.

Pemandu Md Sazali Ismail, 58 meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Sarimah Saidon, 50, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pada jam 9 pagi itu.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi dan menghantar sepasukan anggota bagi menyelamatkan mangsa.

“Seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan setiba di tempat berkenaan, didapati pemandu kenderaan terbabit sudah meninggal dunia.

“Penumpang kereta itu pula cedera parah di bahagian dada dan pinggang dan menerima rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");