Perak Hari Ini

Lihat Aspek Pendidikan Secara Menyeluruh

IPOH : Semua aspek pendidikan di negeri ini perlu dilihat secara menyeluruh dan bukannya akademik semata-mata, ujar Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak yang baharu, Mat Lazim Idris

“Seperti yang kita sedia maklum, perkara yang menjadi keutamaan adalah akademik. Tetapi perlu diingat, kita juga mempunyai kokurikulum, sukan, pembangunan sahsiah murid dan juga pengurusan.

“Di Perak, kita sama sahaja dengan negeri-negeri lain iaitu berada di tahap yang baik. Tetapi apabila menjurus ke aspek-aspek yang lebih spesifik, ianya perlu dipertingkatkan melalui pendekatan-pendekatan tertentu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Bangunan Darul Ridzuan, hari ini.

Mat Lazim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak pada 5 Disember lalu bagi menggantikan Datuk Rozi Puteh Ismail yang dilantik sebagai Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau sebelum ini yang merupakan Timbalan Pengarah JPN Perak turut berkata, segala perancangan yang dirancang sebelum ini akan diteruskan.

“Dalam pengurusan pendidikan, kita mempunyai perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Saya akan teruskan apa yang sedia ada dan kita rancang semasa saya menjadi timbalan pengarah.

“Berdasarkan perancangan strategik JPN Perak 2016-2020, kita akan teruskan untuk pembangunan pendidikan kita yang bukan sekadar akademik semata-mata,”Kata Mat Lazim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");