Isu Panas

Mahu DAP, Amanah gabung, adakah Pas akan tukar dasar?

SHAH ALAM – Pas digesa menjawab beberapa persoalan berikutan cadangan parti Islam itu yang mahu DAP bergabung dengan Amanah.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, timbul persoalan sama ada Pas akan mengubah dasarnya jika perkara itu dilaksanakan.

“Adakah Pas akan berbaik dengan pemimpin hasil gabungan DAP-Amanah itu yang akan dilihat lebih Islamik? Adakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berkempen untuk calon DAP dan Amanah yang melawan Umno dalam pilihan raya, jika Amanah bergabung dengan DAP?

“Adakah Pas akan jamin tidak ada satu pun pertandingan tiga penjuru daripada Pas di kerusi Pakatan Harapan melawan BN jika DAP dan Amanah bergabung?,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad mencadangkan supaya Amanah bergabung dengan DAP.

Katanya, ia bagi menyelesaikan masalah parti-parti pembangkang mengenai peruntukan kerusi pada PRU14.

Selain itu, Lip Eng turut mempersoalkan sama ada Pas akan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) 355 atau mengundi menolaknya di Parlimen atas dasar ia bertentangan dengan perlembagaan.

“Adakah perkara ini akan berlaku jika Amanah bergabung dengan DAP, dan Pas kembali ke pangkuan Pakatan Harapan?,” soalnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");