Jenayah

Majikan Cederakan Pekerja Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang majikan berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.

Menurut sumber Harian Metro, tertuduh, Mohd Firdaus Zahari didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.26 malam di bangunan rumah kedai bernombor 120, Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya.

Dia didakwa mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata terhadap Mohd Firdaus Ibrahim.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 10 tahun, didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguambela, Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM5,000 dan menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu laporan seorang jurujual aksesori pewangi kenderaan berusia 21 tahun cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul, disepak dan dirotan majikannya.

Penderitaan lelaki itu dipercayai terbongkar apabila kakak mangsa terserempak dengan adiknya dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling.

Foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");