Berita Hari Ini

Majikan mohon Perdana Menteri tarik balik

MAJIKAN mohon PM tarik balik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menarik balik langkah baharu yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Seramai 159 penggiat industri menyatakan hasrat demikian, memandangkan langkah berkenaan tidak mampu menyelesaikan matlamat mengurangkan jumlah pekerja asing di Malaysia.

Malah, golongan penggiat industri itu tidak menolak kemungkinan jika majikan perlu menanggung kos kenaikan levi, mereka akan memindahkan kos kenaikan tersebut kepada pengguna.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, semua 159 penggiat industri telah setuju menghantar surat rayuan kepada perdana menteri agar menarik balik keputusan tersebut.

“Langkah terbaru ini akan bawa kesan buruk kepada majikan, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Kami akan sertakan surat dan dokumen rasmi berhubung perkara itu kepada perdana menteri,” kata Shamsuddin kepada Sin Chew Jit Poh.

Katanya, semua industri tidak berpuas hati kerana kerajaantidak membincangkan dasar itu terlebih dahulu sebelum ia dikuatkuasakan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng menegaskan, pihak persatuannya tetap membantah keputusan kerajaan mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa tahun ini.

“Pelaksanaan gaji minimum RM1,000 kepada pekerja sebelum ini sudah banyak memberikan tekanan kepada pihak majikan, kini dikuatkuasakan pula pembayaran levi pekerja asing. Ini sudah tentu membebankan pihak majikan,” kata Chee Meng.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan langkah terbaru itu bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal.

“Bermula tempoh ini, majikan tidak lagi dibenarkan untuk buat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi,” katanya.

Menurutnya, perubahan dasar itu akan meletakkan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");