Berita Hari Ini

Maklum Pada JKM Jika Pindah Ke Kawasan Tidak Diwarta

PASIR MAS – Penduduk yang terjejas dengan banjir dan berpindah ke pusat pemindahan yang tidak diwartakan oleh kerajaan perlu memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim

Beliau berkata, pemberitahuan itu bagi memudahkan pihak JKM melakukan proses penghantaran bekalan makanan.

“Semua mangsa banjir berhak mendapat bekalan makanan termasuklah mereka yang tidak dapat berpindah atas sebab-sebab tertentu.

“Cuma dari segi bantuan (RM500) itu dia tidak akan dapat. Ini kerana mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan (berdaftar),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan di sini malam tadi, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Shahidan turut berkata, ramai mangsa banjir beranggapan berpindah ke pusat pemindahan adalah perkara yang remeh.

“Bagi kita (kerajaan) ia bukan mudah untuk mengatur bantuan melibat mangsa yang terlibat jika mereka tidak berpindah,” katanya.

Shahidan berkata, sehubungan dengan itu beliau berharap mangsa banjir segera berpindah dan mendaftarkan diri dengan pihak JKM sekiranya air mulai naik di kawasan mereka.

Katanya, penduduk tidak perlu menunggu air memasuki rumah mereka barulah sibuk hendak berpindah.

Menurutnya, sikap tersebut akan menyukarkan tugas anggota penyelamat menghulurkan bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");