Membawang Hari Ini

Mamat Khalid Syukur, Kesihatan Abang Kini Stabil

KUALA LUMPUR: Pengarah Filem, MAMAT Khalid melahirkan rasa syukurnya apabila kesihatan abangnya, kartunis Datuk Lat kini semakin stabil.

Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohammad Nor Khalid, 65, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh pada 13 Januari lalu akibat masalah jantung.

Mamat Khalid ketika dihubungi Astro Gempak memaklumkan abangnya kini sedang berehat dan semakin stabil.

“Syukur Alhamdulillah, abang saya semakin sihat dan dia sedang berehat,” jawabnya ringkas memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu Bernama melaporkan Lat dimasukkan ke Hospital Pantai, Ipoh minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke hospital yang sama pada Jumaat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana wad biasa penuh dengan pesakit lain.

Isterinya, Datin Faezah Ahmad Zanzali ketika ditemui di hospital berkata, suaminya menerima rawatan di wad biasa dan memerlukan rehat yang secukupnya.

“Semalam (Ahad) dia sedih apabila dapat tahu media mengatakan dia dimasukkan ke ICU sedangkan keadaan dia stabil tetapi sebenarnya dimasukkan ke ICU kerana wad penuh.

“Beri la dia (Lat) masa untuk rehat dan jangan ganggu dia buat sementara waktu ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");