Sukan Hari Ini

Man United Sediakan 300 Kerusi Penyokong OKU

MANCHESTER United akan menggunakan tempat duduk bagi 2,600 pemegang tiket bermusim dan mengantikannya dengan 300 tempat baharu untuk kegunaan penyokong kurang upaya.

Memetik laporan Mail Online, kelab itu pada pagi Isnin mengesahkan mengenai rancangan itu yang akan menyaksikan ia mematuhi panduan ‘Accessible Stadia’ atau garis panduan untuk sesebuah stadium.

Menurut Manchester United, kerja-kerja projek berkenaan akan diselesaikan menjelang permulaan musim akan datang.
Jelas kelab itu, pemegang tiket bermusim di kawasan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan proses berjalan lancar.

Kira-kira 800 penyokong akan dipindahkan setiap musim.

Kawasan baharu itu bakal melibatkan platform bagi kegunaan penyokong yang memakai kerusi roda, ruang tempat duduk yang boleh diperluaskan dan selesa, bagi memastikan ia mesra pengguna.

Terdahulu Stadium di Old Trafford mampu menampung kapasiti sebanyak 76,000 tempat duduk dengan 55,000 pemegang tiket bermusim, Manchester United dapat untuk memperuntukkan kerusi baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");