Jenayah

Maut dihempap jentera pengangkut

Kluang: Pekerja ladang penternakan ayam di Kampung Pisang, Jalan Ayer Hitam- Johor Bahru di sini, maut dihempap jentera pengangkut, 5 petang semalam.

Lelaki warga Nepal itu maut akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Muhamad Laham berkata, Thapa Surendra Kumar, 25, ketika kejadian dipercayai sedang menuruni bukit sebelum hilang kawalan dan melanggar penghadang konkrit dan terbalik.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa tersepit di bawah jentera yang terbalik itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut majikan untuk urusan selanjutnya.

“Siasatan mendapati tempat kejadian adalah laluan menuruni bukit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");