Jenayah

Maut rempuh treler

Sepang: Pemandu limosin maut manakala penumpang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer (KM) 32.4, Lebuh Raya Elite ke arah Selatan jam 11.40 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Ahmad Fazli Mohd Junid, 38 tahun beralamat di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor maut di tempat kejadian, manakala penumpang yang juga seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban, Nelson Katinggang, 22, mengalami kecederaan di bahagian leher dan rahang.

Sementara, pemandu treler K Ravidass, 40, berasal dari Sungai Petani, Kedah pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan baja dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke arah Nilai, Negeri Sembilan dan kenderaan dipandu di lorong paling kiri.

“Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah limosin dipandu mangsa melanggar belakang treler berkenaan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian manakala penumpang dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Seremban mengalami cedera parah.

“Penumpang yang cedera seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di Balai Polis Jalan Campbell, IPD Seremban, dan disyaki mengalami patah rahang serta tengkuk,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa masih dirawat di Hospital Seremban, manakala pemandu limosin yang maut dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");