Jenayah

Maut selepas langgar pasu pokok bonsai

MARANG: Seorang tukang rumah maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pasu pokok bonsai di Kilometer 14 Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Bukit Payong, hari ini.

Mangsa, Samat Abdullah, 64, beralamat dari kampung Bukit Cerana di sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian dalam dan anggota badan.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bersendirian, datang dari arah Kuala Berang menghala ke arah Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, ketika mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya itu tiba di lokasi, mangsa secara tiba-tiba gagal mengawal motosikal lalu melanggar pasu berada di atas pembahagi jalan itu.

Orang ramai berada berhampiran turut memenuhi lokasi sebelum kehadiran polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum dituntut oleh keluarga mangsa yang dikatakan turut membuat permohonan untuk tidak dijalankan bedah siasat.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan, Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkata, berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");