Isu Panas

MCA Negeri Sembilan sudah siap senarai calon

PORT DICKSON – “MCA Negeri Sembilan telah menyiapkan senarai calonnya untuk bertanding pada PRU14,” kata Pengerusinya Datuk Dr Lim Chin Fui.

Beliau berkata senarai itu merangkumi muka baharu dan lama serta calon wanita.

“MCA negeri dijangka bertanding di dua kawasan parlimen dan 10 kawasan dewan undangan negeri,” katanya kepada pemberita pada majlis Tahun Baharu Cina anjurannya, di sini hari ini.

Chin Fui juga yakin perpaduan yang utuh dalam MCA Negeri Sembilan akan menjadi kekuatan mereka untuk menghadapi PRU-14.

“Saya juga dapat lihat semangat kaum Cina sudah balik kepada MCA,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 2,500 tetamu menghadiri rumah terbuka anjurannya yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Antara yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian Teluk, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");