Isu Panas

MCA setuju PRN Sabah diawalkan

BENTONG: MCA bersetuju jika Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih awal dan yakin Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang besar.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata majoriti kerusi BN yang dimenangi di Sabah sebelum ini menunjukkan rakyat Sabah percaya kepada apa yang sudah dilaksanakan BN di negeri berkenaan.

Katanya, pelbagai projek daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan negeri berkenaan sudah dirancang bersama, antaranya Kementerian Pengangkutan meluluskan peruntukan lebih RM2 bilion untuk pembangunan bersepadu projek pelabuhan Sabah selain, projek pembangunan Rangkaian Landasan Keretapi Sabah dan Sarawak.

“Hubungan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan utuh, banyak yang sudah dibuktikan kepada rakyat dan akan terus dibuktikan selepas ini …kita percaya rakyat menyokong kepemimpinan BN.

“Justeru, kita menyokong sepenuhnya kalau Ketua Menteri dan kerajaan negeri buat keputusan awalkan pilihan raya negeri kerana mereka sudah bekerja keras untuk menjayakan pembangunan di negeri itu, ” katanya ketika ditemui pemberita, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan mengenai spekulasi Sabah sedia mengadakan PRN seawal April ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");