Perak Hari Ini

MCPF Perak Sasar Kutipan RM100,000

IPOH : Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak mensasarkan kutipan sebanyak RM100,000 menerusi satu majlis makan malam amal yang bakal diadakan pada 15 Januari ini.

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan berkata, dana yang dikutip itu akan digunakan bagi memperkasakan lagi aktiviti yayasan tersebut di negeri ini.

“Kami mengharapkan agar masyarakat dapat memberi kerjasama dan pada masa sama, saya menyeru kepada pihak korporat untuk memberi sokongan penuh kepada majlis ini.

“Dana yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk pihak kami menganjurkan program-program di seluruh daerah di Perak bagi memperkasakan lagi yayasan ini,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, SAC T Selven.

Beliau yang juga Orang Besar Jajahan Kinta turut berkata, MCPF Perak kini wujud di setiap daerah polis yang merangkumi sebanyak 15 daerah polis.

“Di daerah, ketua bahagian JPJKK adalah salah seorang untuk naib pengerusi. Manakala di peringkat negeri kita mempunyai ex-officio yang terdiri daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan dan beberapa agensi kerajaan lain,”katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCPF akan membuka cawangan di setiap daerah polis bagi mencegah jenayah.

Ab Wahab berkata, pihaknya juga akan menghidupkan semula Skim Pengawasan Kejiranan yang sudah digunakan di pelbagai negara termasuklah di Singapura.

Sementara itu, T Selven berkata, dengan adanya MCPF, ianya dapat membantu pihak polis dalam mencegah jenayah.

“Sudah tentu ianya satu usaha yang amat baik untuk membantu pencegahan jenayah dan ini mengukuhkan segala langkah-langkah yang diambil oleh polis bagi mencegah jenayah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");