Jenayah

Melecur ketika selamatkan diri

Kuching: Lelaki berusia 23 tahun melecur di tangan dan kaki apabila rumah dihuni bersama keluarga terbakar dalam kejadian di Kampung Samariang Batu, Petra Jaya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, mangsa dikatakan mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri manakala keluarganya tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mohammad Mirza Dzalmira Miraj berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.53 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, setibanya ke lokasi mendapati rumah dua tingkat berkenaan sudah terbakar 80 peratus.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak pada jam 11.26 malam dan dipadam sepenuhnya pada jan 11.53 malam,” katanya.

Katanya, setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");