Berita Hari Ini

MH370: Tiong Lai Akan Bertemu Waris Mangsa

KUALA LUMPUR:Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Memetik sumber Reuters, perkara itu disuarakan selepas kumpulan wakil waris mangs, Voice370 menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Tiong Lai.

Sumber itu berkata, jurucakap mereka, Danica Weeks akan menghantar surat kepada Tiong Lai untuk meminta misi pencarian disambung semula selepas usaha berkenaan dihentikan pada minggu lepas.

“Saya akan menerima surat mereka pada hari ini (Isnin).

“Saya akan bertemunya dan kami berharap dapat berbincang dengan baik,” kata Tiong Lai kepada pemberita ketika ditemui di Perth pada Isnin.

Terdahulu pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang serta anak kapal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");