Sukan Hari Ini

Mo Farah Mungkin Dilarang Masuk Ke Amerika Syarikat

MO Farah kemungkinan berdepan dengan larangan memasuki Amerika Syarikat berikutan peraturan baharu yang dikemukakan oleh presiden Donald Trump.

Trump menguatkuasakan serta merta perintah larangan kemasukan pelawat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama empat bulan.

Farah dilahirkan di Somalia namun dia memegang pasport British serta mempunyai dua status kerakyatan.Somalia merupakan salah satu daripada negara yang dilarang selama 90 hari, dan ianya akan turut kesan kepada pemegang dua kerakyatan.

Farah bersama isteri dan anaknya tinggal di Oregan, Amerika Syarikat dan dia merupakan juara pelbagai acara jarak jauh Sukan Olimpik.

Apa yang dapat menyelamatkan statusnya, Farah perlu membatalkan kerakyatan Somalia dan hanya memegang status rakyat Britain memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");