Berita Hari Ini

Monsun timur laut berakhir Mac

KUALA LUMPUR – Musim Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berakhir pada penghujung Mac, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma dalam kenyataan meminta penduduk terutamanya di kawasan berisiko banjir mendapatkan maklumat terkini berkaitan keadaan semasa daripada sumber yang sahih.

“Nadma mengingatkan semua penduduk di kawasan berisiko agar menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat selamat dan sentiasa bersiap-siaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan jika diarah berpindah.

“Semua pihak berkuasa tempatan yang terlibat di setiap negeri diminta mengambil langkah proaktif dan bersedia mengaktifkan bilik gerakan jika diarahkan berbuat demikian,” menurutnya.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana di talian 03-8064200 atau melayari laman web www.nadma.gov.com

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");