Sukan Hari Ini

‘Mourinho belum hilang magis’

PENGANALISIS bola sepak yang juga bekas pemain Manchester United, Gary Neville menyifatkan kemenangan 2-0 kelab itu ke atas West Ham United di Stadium The London semalam membuktikan pengurusnya, Jose Mourinho masih berkredibiliti.

Neville berkata, kebijaksanaan Mourinho merencana taktik separuh masa kedua sehingga membolehkan dua gol dijaringkan membuktikan pengendali berbangsa Portugal itu masih belum hilang magis.

“Dua, tiga bulan lalu, ramai menyifatkan Mourinho sudah hilang magis dan tak mampu membantu United.

“Tapi hari ini dia sudah buktikan dengan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menunjukkan dia seorang pengurus yang hebat.

“Kebijaksanaannya untuk memaksimakan posisi Rashford dan menempatkan Carrick di pertahanan menciptakan banyak peluang untuk United.

“Jelas, strateginya untuk melakukan pertukaran pemain benar-benar signifikan dalam perlawanan ini dan telah membantu pasukannya mencipta enam kemenangan berturut-turut,” katanya.

Dalam pada itu, Neville turut menyifatkan pertemuan dengan Liverpool 15 Januari ini akan menjadi penentu perjalanan United untuk mengharungi musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");