Sukan Hari Ini

MU buat kejutan tamat khidmat Omid Nazari

MELAKA: Baru seminggu tirai Liga Super dibuka, Melaka United (MU) melakukan kejutan menjelang aksi pembukaan Liga Super berdepan Selangor Jumaat ini, apabila menamatkan kontrak pemain tengahnya dari Filipina, Omid Nazari.

Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkembangan itu di sini, sebentar tadi.

Beliau menyatakan masalah kesihatan dan kecergasan akibat keracunan makanan yang dihadapi sebelum ini menjadi antara faktor khidmatnya terpaksa ditamatkan.

Katanya, walaupun cuba memberi peluang dalam beberapa perlawanan persahabatan pramusim sebelum ini, tahap kemampuan pemain terbabit tidak menepati keperluan.

“Kita akui pemain kelahiran Sweden itu berada pada prestasi membanggakan sebelum ini, namun keadaannya berubah selepas dikatakan mengalami masalah keracunan makanan.

“Situasi terbabit menyebabkan kelibatnya tidak dapat ditagih pada perlawanan awal pramusim di Melaka. Dia hanya sempat beraksi dua perlawanan di Kemboja.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Nazari berikutan sempat bersama skuad Hijau Putih walaupun untuk tempoh jangka masa pendek. Namun tidak mustahil pada masa depan pemain berkenaan kembali berada dalam senarai pasukan,” katanya.

Pemain tengah dari Korea Selatan, Jeon Woo-Young, 29, dijangka mengambil tempat pemain itu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");