Jenayah

Mujur tak putus

Kulai: Anggota bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari telunjuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang tersepit dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Jalan Merbau 2, Bandar Putra di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.35 petang itu, kanak-kanak yang bersekolah agama berhampiran kedai runcit itu memasukkan jari telunjuk tangan kanannya ke dalam lubang mesin permainan itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Zuhairi Rozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada peniaga dan guru sekolah pada 3.43 petang sebelum tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Kita hanya mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan dengan mengumpil serta membuka mesin permainan itu menggunakan pemutar skru.

“Jari kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan, namun tiada kecederaan sebaliknya hanya kemerah-merahan kesan akibat tersepit,” katanya.

Beliau dengan enam anggota lain kemudian menamatkan operasi pada 4 petang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");