Sukan Hari Ini

Murray cemas diasak Chardy

Doha: Andy Murray (gambar) memulakan kempen 2017 dengan meneruskan kejayaan tahun lalu apabila menewaskan Jeremy Chardy pada kejohanan pembuka tirai di Qatar kelmarin sekali gus merekod kemenangan ke-25 berturut-turut.

Pemain nombor satu dunia itu menang 6-0, 7-6, melepasi set pertama dalam tempoh hanya 20 minit sebelum pemain Perancis itu bangkit pada set kedua.

“Dia tidak bermula dengan baik, perlawanan pertama awal tahun pastinya sukar,” kata Murray mengenai lawannya.

“Pada set kedua dia bermain lebih baik, lebih agresif. Perlawanan menjadi lebih baik pada set kedua.”

Kali terakhir Murray tewas adalah pada September 2016 di tangan pemain Argentina Juan Martin del Potro dalam Piala Davis, lebih 100 hari lalu.

Sepanjang siri kemenangannya itu, dia menjulang lima gelaran berturut-turut dan merampas gelaran nombor satu dunia daripada Novak Djokovic.

Murray menjadi pilihan pertama di Doha manakala Djokovic, juara bertahan Terbuka Qatar sebagai pilihan kedua.

Sekiranya tiada halangan kedua-dua pemain terbaik dunia itu akan bertemu pada aksi final Sabtu ini.

Terdahulu pemain Perancis Jo-Wilfried Tsonga turut mara ke pusingan kedua namun terpaksa berhempas pulas mengatasi pemain Russia Andrey Kuznetsov.

Pemain nombor 12 dunia itu menang 6-1, 4-6, 6-2 untuk bertemu pemain Jerman Dustin Brown pada pusingan berikutnya. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");