Panasnya Hari Ini

Najib Akui Gementar Hadiri TN50

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya berasa gementar ketika menghadiri majlis Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), malam tadi.

“Saya sebenarnya 41 tahun dalam politik, tetapi malam ini paling mendebarkan sekali. Sebab saya tak pernah buat ini, bukan cara ini. Saya tidak pakai pembesar suara macam ini. Dan ini langsung disiarkan di tiga saluran televisyen.

“Saya tidak tahu apa yang jadi kepada saya. Buruk ke saya, tersandar ke saya. Tapi saya simpulkan majlis dialog malam ini amat berjaya sekali,” katanya pada majlis berkenaan memetik sumber Berita harian.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan Dialog Perdana TN50 itu bukanlah satu-satunya aktiviti yang akan dilaksanakan semata-mata untuk mendapatkan input pelaksanaan inisiatif itu daripada belia.

“Ini hanya permulaan kerana pelbagai aktiviti lain lagi akan diadakan seperti pertandingan, jerayawara, dialog dan wacana ke seluruh negara untuk terus mendapatkan maklum balas belia,” katanya.

Khairy juga sempat mengajukan pertanyaan kepada Najib sama ada sasaran terbaik 20 yang disasarkan Perdana Menteri menjelang tahun 2050, merangkumi kedudukan pasukan bola sepak negara.

“Dalam 30 tahun boleh jadi terbaik 20? Kita tidak boleh terima keadaan bola sepak kita yang berada pada kedudukan 161, kita mesti lakukan sesuatu mengenainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");