Berita Hari Ini

Najib hadir ke rumah terbuka Gerakan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan di Bangunan PGRM, Cheras di sini, hari ini.

Ketibaan Najib dan Rosmah yang berpakaian tradisional masyarakat Cina disambut barisan kepimpinan tertinggi Gerakan yang diketuai Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong sambil diiringi persembahan tarian singa.

Perdana menteri dan isteri kemudian bersalaman serta beramah mesra dengan pengunjung rumah terbuka yang dihadiri masyarakat berbilang kaum itu.

Najib turut naik ke pentas untuk menandatangani sebuah lukisan kaligrafi yang dilukis khas bersempena majlis tersebut.

Hadir sama bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");