Membawang Hari Ini

Nas T mahu bantu artis jadi sado

KUALA LUMPUR: Memiliki tubuh idaman ramai, pelakon dan deejay, Nas T sedia membantu siapa saja termasuk artis yang mahu mendapatkan susuk badan sepertinya.

Nas T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin pernah membimbing dua rakan Sepahtu iaitu Shuib dan Jep sebagai jurulatih kecergasan mereka.

“Bagaimanapun, melatih selebriti biasanya bermusim. Selalunya, artis jika mendapat tawaran watak yang memerlukan tubuh ‘cantik’, barulah mereka mencari jurulatih.

“Pelakon Shaheizy Sam pernah meminta tip dan nasihat melakukan senaman daripada saya. Dalam setiap keadaan, saya akan memastikan hajat mereka tercapai,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Nas T memberitahu, selepas bernikah dengan Atita Haris, dia hanya sedia menerima pelanggan lelaki bagi menghormati isteri.

Bercerita mengenai rejim kecergasan yang diamalkannya, Nas T berkata, sekali sekala dia berlatih dengan atlit bina badan negara.

“Mereka selalunya memaksa saya berlatih dan bersenam mengikut teknik di luar kotak. Ini bermaksud, saya akan cuba memaksa diri mengangkat beban yang lebih besar daripada kebiasaan.

“Saya suka dengan gaya hidup ini. Malah, saya pernah menyertai pertandingan badan cantik,” kata bapa kepada dua cahaya mata iaitu Opi dan Nas Taliyah Nas Muammar Zard ini.

Mengenai kerjaya sebagai deejay, Nas T memberitahu, sudah dua tahun dia berhenti melakukan pekerjaan itu di kelab malam.

“Sebaliknya, saya menjadi deejay pada acara hiburan dan pertunjukan fesyen. Saya juga pernah menjadi deejay untuk program Anugerah Melodi, Anugerah Skrin dan program MeleTOP Kebaboom.

“Saya juga masih aktif berlakon. Tapi disebabkan komitmen lain termasuk tumpuan kepada keluarga, saya perlahankan sedikit rentak dalam dunia lakonan,” katanya.

Bagi yang mahukan khidmat Nas T sebagai jurulatih kecergasan, boleh ikuti akaun Instagram Nas T di @dj.nas.t

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");