Membawang Hari Ini

Neelofa, Fattah dirai

Pasangan sensasi 2016 Neelofa dan Fattah Amin diraikan oleh peminat mereka pada program Meet & Greet bersama Neelofa dan Fattah Amin anjuran majalah Nona, kelmarin.

Bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Shah Alam, pasangan yang menjadi penghias muka depan majalah Nona keluaran Februari ini sempat meluangkan masa bertemu peminat mereka yang juga merupakan pembaca setia majalah Nona.

Hampir 200 peminat daripada pelbagai peringkat umur setia menunggu pasangan ini hingga ada yang sanggup datang seawal jam 7 pagi dengan perasaan penuh debar dan teruja.

Penantian kesemua yang menanti berakhir apabila hero dan heroin drama Suri Hati Mr Pilot tersebut tiba di Karangkraf kira-kira jam 12.45 tengah hari dengan kehadiran mereka disambut dengan nyanyian lagu Wanita Terakhir Fattah Amin.

Sesi itu dimanfaat sebaik-baiknya peminat mereka, bukan hanya mahu berswafoto malah kesempatan ini digunakan dengan mengajukan pelbagai soalan.

Biarpun rata-rata yang bertanya mengenai status hubungan mereka, baik Neelofa mahupun Fattah Amin, kedua-duanya begitu profesional.

Rata-rata peminat pasangan ini melahirkan rasa terharu apatah lagi kesihatan Neelofa kurang baik tetapi tetap tidak menghampakan peminat dengan hadir ke sesi ini.

“Sebelum saya ke Karangkraf, saya buka Facebook Nona untuk melihat situasi terkini di Karangkraf dan alangkah terkejutnya melihat ramai yang hadir.

“Ini membuatkan saya bersemangat untuk melawan rasa sakit untuk hadir bersama anda semua,” katanya sambil diiringi dengan sorakan.

Sementara itu, Fattah Amin berkongsi secara ringkas perjalanan hidupnya semasa menyertai pertandingan Hero Remaja yang mana, dia menjadi juara pada 2012.

“Di studio inilah, saya belajar cara nak posing ambil gambar dan pada waktu itu, saya kurus kering dan sangat pemalu.

“Dan selama sembilan bulan dalam program tersebut, saya berulang alik dari Puncak Perdana ke sini untuk menghadiri program yang dianjurkan majalah Remaja,” katanya.

Program selama kira-kira sejam tersebut berakhir dengan peminat bertuah mendapat hadiah potret mereka berdua dan Fattah menyanyikan beberapa rangkap lagu Wanita Terakhir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");