Jenayah

Nyawa masih panjang

KUANTAN: Tindakan pantas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi bantuan pernafasan, berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lemas ketika mandi di dalam kolam renang sebuah resort di Cherating di sini, petang kelmarin.

Mangsa dari Permatang Badak di sini yang datang bercuti bersama keluarganya ditemui tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 2 petang.

Dua anggota terbabit, Hairul Dani Mohammad Hatta dan Firdaus Raji dari Markas TLDM Wilayah Laut 1, Tanjung Gelang di sini yang kebetulan sedang bercuti bersama keluarga menyedari kejadian itu lalu segera membantu menyelamatkan mangsa.

Hasil bantuan pernafasan dari mulut ke mulut yang diberikan anggota itu berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak terbabit.

Sebuah ambulans bersama kakitangan perubatan dari Markas Wilayah Laut 1 dihantar ke lokasi kejadian bagi memberi rawatan awal sementara menunggu ambulans dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mangsa yang berada dalam keadaan lemah dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut dan difahamkan berada dalam keadaan stabil.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");