Berita Hari Ini

Operasi SAR bot hilang ditingkatkan – Musa Aman

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan sudah mempertingkatkan operasi mengesan sebuah bot membawa 31 orang, termasuk 28 pelancong China yang dilaporkan hilang ketika perjalanan ke Pulau Mengalum, semalam.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diarah menggunakan pesawat peninjau untuk meningkatkan peluang mencari bot bersama penumpang terbabit.

Beliau berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan kapal, peralatan dan tenaga kerja untuk misi berkenaan.

“Saya dimaklumkan APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin telah digerakkan dalam operasi yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 400 batu nautika persegi,” katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata, pihak berkuasa sedang melakukan usaha terbaik untuk mencari bot berkenaan.

“Saya tahu ini masa yang sukar bagi keluarga penumpang bot. Kita mendoakan semua mangsa selamat,” katanya sambil mengingatkan pengusaha bot supaya lebih berhati-hati apabila membawa penumpang terutama dalam keadaan cuaca kurang baik.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");