Panasnya Hari Ini

Pakatan Akan Beri Bantuan Tapi Bukan BR1M- Azmin

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meneruskan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya berjaya menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN),malah menegaskan ia adalah satu bentuk rasuah.

Bagaimanapun, menteri besar Selangor itu menegaskan PH akan menukar BR1M kepada bantuan “statutory” yang akan diuruskan institusi agar ia lebih telus.

“Takkan saya hendak teruskan rasuah? Saya memerangi rasuah,” kata memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat keperluan bagi bantuan seperti itu, mengulangi pendirian diambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu semasa merasmikan parti itu yang menegaskan jika didapati BR1M mustahak maka bantuan itu akan diagih oleh pegawai kerajaan dan tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto parti.

Jelas Azmin lagi, bantuan itu tidak akan diuruskan oleh ahli politik.

Terdahulu pada tahun lalu, Azmin berkata, BR1M adalah satu bentuk rasuah politik yang tidak “memperkasakan rakyat.”

Ahli Parlimen Gombak berkata demikian pada Disember selepas Dr Mahathir berkata pemberian BR1M sama seperti rasuah dan menyalahi undang-undang serta boleh dianggap sebagai jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");