Isu Panas

Pas Nilai Dulu Kenyataan Mahathir

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan hubungan kerjasama antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) buat masa kini masih belum mencapai sebarang kata putus.

Memetik laporan Sinar Harian, ujarnya sebelum keputusan dibuat, pihaknya akan meilai kenyataan-kenyataan terdahulu Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung partinya sebelum ini.

“Cerita kami (Pas) dengan Bersatu masih dalam proses rundingan dan parti akan buat keputusan nanti.

“Pas akan menilai kenyataan Mahathir terlebih dahulu. Kami akan sejauh mana untung, rugi atau manfaat untuk Pas,” katanya.

Malah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menyifatkan kenyataan Mahathir yang tidak memerlukan Pas dalam blok pembangkang menunjukkan ‘ketakutan’ pihaknya sendiri.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir dilihat sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap Pas, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh Pas.

Tambahnya lagi, masih terdapat pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan mengenai rundingan itu dicapai.

“Kami mahu lihat terlebih dahulu, sejauh mana dasar yang dibawa Pas didukung oleh Bersatu.

“Kita harap ahli Parlimen dalam Bersatu sokong perjuangan akta Rang Undang-undang 355 yang kami bawa,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");