Panasnya Hari Ini

PAS Sertai ‘Food Flotilla For Arakan’

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung pada 14 Januari 2017 lalu telah bersetuju untuk menghantar delegasi mewakili PAS bagi menyertai ‘Food Flotilla For Arakan’ yang dijadual bertolak ke Myanmar pada 3 Febuari depan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PAS akan bersama dengan MAPIM, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putra 1Malaysia dan semua NGO tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah itu.

Ujarnya, Mesyuarat PAS Pusat juga telah melantik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor bagi mengetuai delegasi daripada PAS dalam misi tersebut yang dijangka tiba di Myanmar pada 9 Febuari selepas pelayaran selama 6 hari.

“Turut dianggotai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia, Datuk Ustazah Siti Asyah Ghazali.

“Food Flotilla For Arakan adalah satu usaha kemanusiaan dan jihad yang murni sekaligus membuktikan kebersamaan masyarakat antarabangsa dengan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya di bumi Arakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, PAS pasti tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua misi kemanusiaan bersama delegasi luar negara seperti Turki, Perancis, Indonesia, China, dan lain-lain.

“ini Food Flotilla For Arakan sedang menarik perhatian dunia dan mula membuka mata pelbagai pihak antarabangsa untuk turut berjuang bukan sahaja menghantar bekalan makanan serta perubatan tetapi juga terus mendesak supaya kezaliman dan kekejaman ke atas Rohingya segera dihentikan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");