Jenayah

Pegawai kanan didakwa terima rasuah

JOHOR BAHRU: Seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah (PTD) Johor Bahru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima wang tunai RM150,000 berkaitan permohonan permit pemindahan bahan batuan.

Ahmad Ehwan Ahmad, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam didakwa menerima RM150,000 TANPA ALASAN daripada Toh Ang Poo berkaitan beberapa permohonan permit pemindahan bahan batuan pada 5 September tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Nasruddin, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Strok dan Mohd Tarmeze Mohd Taib.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Hakim menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 Februari depan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");