Panasnya Hari Ini

Pelaburan Rugi, Rafizi persoal strategi TH

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan strategi pelaburan oleh Tabung Haji dalam kaunter minyak dan gas kerana mendedahkan pendeposit kepada kerugian besar.

Malah ujarnya, berdasarkan harga semasa saham dalam keempat-empat kaunter itu sahaja, anggaran terkini kerugian bagi empat pelaburan itu telah mencecah RM680 juta.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, setakat ini, wang pendeposit yang dianggarkan RM64 juta besar berkemungkinan telah hangus semuanya.

“Semalam (kelmarin) saya telah tunjukkan bagaimana pelaburan Tabung Haji di kaunter minyak dan gas Perisai Petroleum telah menyebabkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM64 juta setelah syarikat itu jatuh ke status PN17 yang memerlukan penstrukturan kewangan untuk mengekalkan status penyenaraiannya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, ia juga bukanya kali pertama Tabung Haji melabur di dalam sebuah syarikat yang berasaskan industri minyak dan gas yang terjerumus ke status PN17 setelah Tabung Haji membeli pegangan yang besar.

Katanya, kegagalan Tabung Haji di dalam pelaburan sektor minyak dan gas yang paling diperkatakan ialah di dalam syarikat Ramunia Holdings Berhad yang ditukar nama kepada TH Heavy Engineering Berhad setelah disuntik dana oleh Tabung Haji.

“Tujuan saya menimbulkan perkara ini ialah untuk menunjukkan bagaimana pengurusan kanan Tabung Haji seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan lalu sehingga menyebabkan wang pendeposit Tabung Haji hangus begitu sahaja,” ujarnya.

Rafizi turut menyifatkan bahawa pelaburan terbesar ialah di dalam TH Heavy Engineering Berhad dalam bentuk saham dan pinjaman.

“Sementara pegangan di dalam Alam Maritim Berhad dibeli sejak 2008, saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad dan Reach Energy Berhad dikumpulkan masing-masing dalam tempoh Oktober-Disember 2014 dan Jun-November 2016, semasa industri minyak dan gas telah pun mengalami kemelesetan mendadak,” katanya.

Lebih teruk lagi, dakwa Rafizi pada ketika saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad dikumpulkan oleh Tabung Haji, kedudukan kewangan pelaburan terpentingnya di dalam sektor itu iaitu TH Heavy Engineering Berhad sudah pun menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

“Harga saham TH Heavy Engineering Berhad jatuh mendadak ketika itu; dan pada masa yang sama, Tabung Haji meluaskan lagi risiko pelaburan dengan membeli saham-saham di dalam Perisai Petroleum Berhad,” katanya.

Beliau berkata, saham TH Heavy Engineering Berhad, Alam Maritim Berhad dan Reach Energy Berhad semuanya menunjukkan kesan kemelesetan dalam sektor minyak dan gas ke atas prestasi harga saham mereka.

Menurutnya, Tabung Haji mempunyai saham yang besar di dalam syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang lain seperti Dayang Enterprise Holdings Berhad (pegangan 8.89%), Uzma Berhad (pegangan 9.63%) dan Icon Offshore Berhad (pegangan 8.43%).

“Sementara pelabur persendirian bebas mempertaruhkan wang simpanan mereka dalam pelaburan yang berisiko begini, wajarkah Tabung Haji yang telah terbukti mengalami kerugian demi kerugian terus mendedahkan wang pendeposit kepada risiko kerugian dalam sektor yang berisiko tinggi seperti minyak dan gas?,” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");