Jenayah

Pemancing hilang jatuh jambatan di Sungai Sarawak

KUCHING: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Sarawak dari Jambatan Isthmus, Bintawa, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti dipercayai tergelincir dari tembok jambatan berkenaan sebelum terjatuh.

Difahamkan, pengguna jalan raya yang melihat kejadian itu kemudian menghubungi Balai Polis Bintawa bagi memohon bantuan.

Tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi dan menyelamat (SAR).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan sebuah bot penyelamat turut digunakan bagi membantu operasi berkenaan.

Usaha pencarian bertumpu di sekitar lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, selain kawasan tebing sungai berhampiran Pelabuhan Kuching dan Estet Perindustrian Pending.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");