Jenayah

Pemandu lori maut dua lori bertembung

BELURAN: Seorang maut apabila dua lori bertembung dalam kemalangan di Kilometer 51, Jalan Telupid-Beluran, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, Latip Rashid, 59, memandu lori dua tan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori lapan tan tidak mengalami kecederaan. ?

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rantey Fred, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.02 pagi sebelum menghantar lima anggota ke lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");