Jenayah

Pemandu Nekad Terjun Dari Laluan Motorsikal

KUALA LUMPUR : Seorang pemandu kereta nekad terjun dari tebing laluan motorsikal setelah tersalah masuk ke lorong tersebut, petang semalam.

Menurut laporan di Facebook Info Kemalangan dan Bencana Malaysia, suspek yang memandu kereta jenis Proton Gen2 itu telah masuk ke lorong motorsikal keluar (BSI) sebelum ditahan oleh seorang anggota trafik bagi tujuan pemeriksaan.

“Kemudian berlaku sedikit kekecohan apabila suspek panik dan cuba melanggar anggota trafik berkenaan.

“Setelah tindakan beliau tidak berjaya, suspek sekali lagi cuba untuk memasuki dan melepasi lorong pemeriksaan motorsikal dengan cubaan untuk melanggar semua penunggang yang berhenti di laluan berkenaan,”kata laporan itu.

Bagaimanapun, cubaan suspek sekali lagi gagal dan suspek nekad melarikan diri dengan bertindak terjun dari tebing laluan motorsikal berkenaan dan mengalami kecederaan yang serius.

Unit Tindakan Kecemasan BSI menyelamatkan suspek dan membawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");