Jenayah

Pemandu van nyaris cedera van terbakar

KEPALA BATAS: Seorang pemandu van nyaris cedera apabila van yang dipandunya terbakar dalam kejadian di sebuah jalan berhampiran kiosk Bertam pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, van berkenaan yang dipandu lelaki berusia lingkungan 50an itu mengalami kebakaran di lokasi kejadian.

Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Aziz Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 10.13 pagi.

“Sebuah jentera Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dengan kekuatan seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira jam 10.18 pagi.

“Van tersebut mengalami kebakaran di bahagian hadapan dan musnahkan 80 peratus bahagian van berkenaan,” katanya.

Katanya, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Mangsa yang merupakan pemandu van tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Usaha memadamkan kebakaran serta merta dilakukan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 10.23 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");