Perak Hari Ini

Pembangkang Ibarat Ada Masalah ‘Dementia’

IPOH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengibaratkan pakatan pembangkang pada hari ini mempunyai masalah ‘dementia’ atau memori jangka pendek.

Hamzah berkata ,hal ini kerana, pembangkang pada hari ini sering membuat ‘u-turn’ dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Kalau dulu, ada kumpulan yang berkata bahawa BR1M itu sesuatu yang menyalahi undang-undang, kemudian di satu perhimpunan agung, kalau mereka menang, maka BR1M akan diteruskan.

“Inilah yang menyebabkan kita semua tahu bahawa mereka adalah golongan yang hanya mempunyai memori jangka pendek. Mereka tidak boleh buat sesuatu untuk satu jangka masa panjang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai pembangkang yang dilihat sering menyalahkan parti lain dalam beberapa kenyataan sebelum ini.

Ujarnya lagi, pembangkang pada hari ini juga hanya bercakap tanpa memikirkan tanggungjawab sama ada mereka bercakap benar atau tidak.

“Mereka (pembangkang) telah menunjukkan taring masing-masing selepas PRU13. Contohnya, selepas habis pilihanraya, DAP bergaduh dengan beberapa rakan mereka daripada parti lain sehingga PAS berpecah kepada dua, iaitu PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Manakala kita di pihak kerajaan, jika ingin bercakap apa-apa kita berhati-hati dengan kenyataan yang kita lakukan bagi mengelakkan kita menyalahgunakan kedudukan dengan mengeluarkan kenyataan yang salah.

“Tetapi pada mereka, kesalahan yang mereka lakukan adalah perkara biasa kerana mereka boleh buat ‘u-turn’,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");