Jenayah

Pembantu penguat kuasa direman 5 hari lagi

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari lagi bermula esok kepada seorang pembantu penguat kuasa sebuah kementerian berhubung siasatan kes rasuah kuota beras bersubsidi berjumlah RM468,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, pagi ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu sebelum ini ditahan direman selama enam hari bermula Khamis lalu, selepas ditahan sehari sebelumnya di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Sumber SPRM memberitahu, wang berjumlah RM10,113 ditemui di peti besi di pejabatnya dan wang tunai RM51,100 turut ditemui di bonet kereta penjawat awam itu ketika pemeriksaan dijalankan.

Katanya, suspek dipercayai menerima rasuah sebanyak RM468,000 secara berperingkat daripada sebuah syarikat pemborong beras untuk mendapatkan kuota beras bersubsidi Super Tempatan 15 (ST15) peratus hancur.

Penahanan itu katanya adalah susulan penahanan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian, sebelum ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");