Jenayah

Pemilik taska, pekerja akan didakwa

SHAH ALAM: Pemilik taska yang tahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abu Samah Mat berkata, arahan pendakwaan telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendakwa Raya.

“Pemilik taska berkenaan akan dituduh dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala dua pekerja berhadapan dengan satu pertuduhan iaitu bersubahat,” katanya.

Menurutnya, tindakan juga akan diambil terhadap taska tersebut mengikut Akta Taman Asuhan Kanak- Kanak 1984 kerana beroperasi tanpa lesen.

“Tindakan ini termasuklah penutupan premis,” katanya mengulas perkembangan terbaru kes berkenaan.

Minggu lalu, sekeping gambar kanak- kanak yang diikat kaki, tangan dan mulut di sebuah taska di Bangi menjadi tular di media sosial.

Hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Sementara itu, tiga anggota polis yang dipercayai terlibat menggunakan kereta klon mewah telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Abu Samah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Pada 14 Januari lalu, anggota berpangkat lans koperal dan koperal di tahan oleh pasukan khas Bukit Aman selepas gagal memberi penjelasan terhadap perbuatan mereka.

Empat kereta mewah yang dirampas itu adalah MBW 520i, Toyota Estima, Honda Accord dan Mini Cooper.

Kes disiasat di bawahSeksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");