Berita Hari Ini

Pencarian MH370 di Lautan Hindi Selatan Berakhir – Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR:Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa misi pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi selatan berakhir hari ini.

Memetik sumber Harian Metro, pengakhiran misi berkenaan telah diputuskan oleh jawatankuasa bersama yang dianggotai Malaysia, Australia dan China.

“Kita akan gantung misi pencarian pesawat MH370 sehingga menemui bukti baharu meyakinkan.

“Kita serahkan kepada kumpulan pakar untuk mengkaji situasi seterusnya sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Tahun Baharu Cina di Sunway Pyramid di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");