Isu Panas

Pendidikan percuma penyelesaian kemelut PTPTN

SHAH ALAM – Hanya pemberian pendidikan percuma kepada anak muda di negara ini adalah penyelesaian kepada kemelut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, keadaan pendidikan tinggi Malaysia pada hari ini banyak berpunca daripada penswastaan sektor itu.

“Ini bermula pada 1996 ketika (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pendidikan dan Akta Pendidikan serta Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta diperkenalkan.

“Setahun kemudian, PTPTN ditubuhkan. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan pelajar dana bagi melanjutkan pengajian. Ini membolehkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tumbuh seperti cendawan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Expert Market, sebuah laman web perniagaan mengumpulkan data yuran university daripada senarai Quacquarelli Symonds’ Top Universities bagi tahun akademik 2014/2015 dengan laporan Gallup Median Self-Reported Income tahun 2013.

Purata yuran universiti di negara ini menurut laporan mereka adalah AS$18,000 (RM80,946).

Peratus gaji yang dibelanjakan untuk yuran universiti di Malaysia adalah 55 peratus.

Sebagai perbandingan, peratus di Chile adalah 73 peratus, Amerika Syarikat 53 peratus, United Kingdom 42 peratus, Singapura 36 peratus dan Jepun 18 peratus.

Pada masa yang sama, kerajaan didakwa memotong perbelanjaan untuk IPTA dengan drastik.

Pada tahun lalu, katanya lagi, peruntukan IPTA dipotong RM1.4 bilion iaitu sebanyak 27 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peruntukan bagi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran dipotong RM812 juta (23 peratus). Justeru, pelajar miskin yang bergantung kepada bantuan ini menjadi mangsa utama.

“Kita sewajarnya beransur-ansur mengakhiri biasiswa sarjana muda JPA dan MARA ke luar negara. Dasar ini masuk akal ketika negara kekurangan universiti pada 1970an dan 1980an tetapi realiti hari ini sudah berubah,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");