Sukan Hari Ini

Peng Soon-Liu Ying tarik diri

BEREGU campuran yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, tidak akan berentap pada Kejohanan Victor Far East Malaysia Masters di Stadium Tertutup Sibu yang bermula hari ini.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Lawrence Chew berkata, mereka tidak dapat beraksi kerana Liu Ying mengalami kecederaan pada kakinya.

“Liu Ying cedera di kaki. Ini perkara biasa apabila pemain menarik diri daripada kejohanan berikutan kecederaan atau sebab-sebab tertentu,” katanya

Beregu pilihan pertama kejohanan itu dijadualkan bertemu pasangan Indonesia Yehezkiel Mainaky-Lyanny Ale Mainaky pada pusingan pertama perlawanan kelayakan itu hari ini.

Sementara itu kata Chew, kira-kira 90 peratus pemain sudah tiba di Sibu dan berlatih di gelanggang kejohanan di Stadium Tertutup Sibu semalam.

Kejohanan itu, yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan ASD120,000 (RM536,000) bermula dengan pusingan kelayakan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");