Jenayah

Pengarah JSJ buat laporan polis terhadap MyWatch

Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh membuat laporan polis terhadap Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan ekoran artikel memfitnah beliau dan Ketua Polis Negara.

Artikel bertajuk ‘Fight For Injustice Everywhere’ yang ditulis Sanjeevan itu antara lain menuduh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mohmad terbabit dengan sindiket judi ekor didalangi individu dikenali Datuk Sri Peter.

Sumber berkata, Mohmad terbaca artikel yang diterbitkan di laman sosial Facebook kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

“Selepas membaca artikel berkenaan, Mohmad mendapati penulis mengaitkan beliau dan Ketua Polis Negara dengan seseorang yang didakwa sebagai operator kegiatan judi ekor.

“Artikel itu memberi gambaran bahawa Mohmad dan Khalid melindungi kegiatan judi ekor yang dijalankan Peter selain mengaitkan kenaikan pangkat Mohmad ke jawatan sekarang adalah bagi memudahkan kegiatan haram itu beroperasi,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke laman Facebook berkenaan mendapati antara isi kandungan artikel berkenaan berbunyi, ‘Apakah benar wujudnya hubungan yang amat akrab dan baik antara Khalid Abu Bakar dan Datuk Sri Peter ini sejak Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negeri Sembilan pada tahun 2005 kerana mereka berasal dari kawasan yang sama iaitu Mantin dan Nilai.

“Peter juga dikatakan sangat rapat dengan Pengarah JSJ PDRM Mohmad Salleh yang pernah berkhidmat di IPK Negeri Sembilan dan Peter telah meminta Khalid agar menaikkan pangkat Mohmad Salleh kepada Ketua Polis Kuala Lumpur dan seterusnya Pengarah JSJ PDRM?,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");