Berita Hari Ini

Pengiktirafan empat badan pensijilan dan logo halal ditarik balik

KUALA LUMPUR: Lapan badan pensijilan dan logo halal dari Australia antara 60 badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh dunia.

Antara yang diiktiraf di Australia ialah Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia (AMISSA), Al-Iman Islamic Society Inc (AIS), Australian Halal Authoriy & Advisers (AHAA), Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV), Islamic Association of Geraldton dan Islamic Association of Katanning.

JAKIM turut mengiktiraf badan pensijilan dan logo halal dari 32 negara iaitu empat dari China, masing-masing tiga dari India dan Belanda serta dua dari Brazil, Jepun, New Zealand, Pakistan, Filipina, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Turut diiktiraf masing-masing satu dari Austria, Argentina, Bangladesh, Belgium, Kanada, Chile, Perancis, Jerman, Indonesia, Ireland, Itali, Kenya, Korea, Poland, Sri Lanka, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Portal rasmi halal Malaysia, Bahagian Hab Halal JAKIM turut menyenaraikan empat pihak berkuasa yang diiktiraf iaitu Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syar’iah dari Brunei; Egyptian Organization for Standardization & Quality (EOS) (Mesir); Institut Marocain De Normalisation (IMANOR) (Maghribi) dan Islamic Chamber Research & Information Center (ICRIC) dari Iran.

Turut disenaraikan empat badan pensijilan dan logo halal yang ditarik balik iaitu Islamic Association of Henan, China; NZ Islamic Meat Management & NZ Islamic Processed Foods Management, New Zealand; The Halal Catering Argentina, Argentina dan Muslim Judicial Council Halaal Trust (MJCHT), Afrika Selatan.

Menerusi Facebook rasminya semalam, JAKIM melampirkan senarai badan pensijilan dan logo halal yang diiktiraf jabatan itu Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM, orang ramai boleh layari laman web www.halal.gov.my.

Laman web itu turut menyediakan kemudahan kepada pihak yang ingin menyemak status halal produk atau premis perniagaan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");