Jenayah

Penyamun nekad geledah rumah

Gombak: Seorang pembantu rumah yang sedang menyapu sampah di halaman kediaman majikannya dikejutkan dengan kehadiran lelaki bersenjatakan parang yang kemudiannya melarikan komputer riba serta motosikal dalam kejadian di Selayang Baru di sini, jam 6 pagi kelmarin.

Sumber berkata, ketika kejadian, wanita terbabit berseorangan di kediaman berkenaan kerana majikannya bersama ahli keluarga lain keluar rumah awal.

“Sebaik mengugut mangsa supaya tidak membuat bising, penjenayah masuk ke rumah dan cuba mencari barangan berharga namun gagal menemuinya. Penjenayah kemudiannya melarikan komputer riba yang diletak di meja di ruang tamu.

“Penjenayah turut melarikan motosikal milik tuan rumah. Gelagat penjenayah terbabit bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kami masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");