Perak Hari Ini

Penyokong Boleh Hadir Ke Stadium Perak Sabtu Ini

IPOH : Jawatankuasa Rayuan FAM memutuskan perlawanan pembukaan Liga Super 2017 antara Perak menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu ini boleh disaksikan oleh penonton.

Menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebook hari ini, ia berikutan kerana penggantungan daripada tiga kepada dua perlawanan hanya akan berkuatkuasa untuk aksi Liga Super menentang Melaka dan aksi pusingan dua Piala FA.

Terdahulu, skuad The Bos Gaurus dikenakan hukuman bermain dalam tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri ekoran penyokong skuad seladang itu bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ogos tahun lalu.

Isnin lalu, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengharapkan pertimbangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menangguhkan hukuman tersebut.

Berita Lanjut Menyusul

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");