Perak Hari Ini

Perak Minta Tangguh Program Pemutuan Padi

IPOH:Kerajaan Persekutuan diminta untuk menangguhkan pelaksanaan Program pemutuan sebenar padi di negeri Perak sehingga kajian semula terhadap keberkesanannya dilaksanakan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ia berikutan aduan diterima oleh pihaknya menerusi 18 buah Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri ini yang mewakili suara lebih 17,652 ahlinya melibatkan 41,832.67 hektar kawasan tanaman padi.

“Rungutan disuarakan oleh mereka apabila melibatkan kadar potongan belian padi yang terlalu tinggi oleh pihak BERNAS dan pengilang swasta sehingga membebankan para pesawah di negeri ini.

“Ia berkaitan dengan potongan belian yang terlalu tinggi dan dahulu kadar potongan berada pada tahap 16 peratus hingga 18 peratus tetapi pada maklumat diterima bagi musim kedua tahun 2016 kadar potongan hingga 22 peratus ke 60 peratus jadi apa yang boleh diperolehi para petani,” katanya dalam satu sidang media sejurus mesyuarat exco hari ini.

Beliau menyifatkan potongan yang keterlaluan itu telah menyebabkan para pesawah kehilangan punca pendapatan yang begitu besar dan ianya semakin teruk jika perkara itu diteruskan.

“Kami meminta pihak BERNAS dan pengilang terutamanya Kementerian Pertanian dapat mendengar keluahan para pesawah malah kerajaan Negeri cukup bersimpati dengan keadaan mereka.

Perak merupakan negeri kedua terbesar pengeluaran hasil padi selepas negeri Kedah.

Kerajaan negeri katanya selaku perantara ‘juru bicara’ diantara pesawah dan Kerajaan Persekutuan akan membantu mengetengahkan masalah yang dihadapi kini.

Tambahnya antara cadangan yang akan dipanjangkan adalah menyediakan piawaian standard diantara pengilang padi dan menggesa kerajaan menaikkan harga beras seiring dengan kenaikan harga belian padi.

Ujarnya,kawasan Kerian, Sungai Manik dan Perak Tengah antara tiga kawasan utama yang terjejas teruk akibat daripada dasar dan pembelian padi menerusi kaedah itu.

Terdahulu Peraktoday telah melaporkan rugutan dan rasa kecewa golongan pesawah di Titi Serong, Parit Buntar apabila Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) melakukan pemotongan gred padi disifatkan mereka sangat tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");