Perak Hari Ini

Perak Siap Sedia Hadapi Banjir

IPOH:Perak sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir dengan mengenal pasti kawasan berisiko dilanda bencana itu, ekoran keadaan cuaca dan kejadian banjir kilat yang dilaporakan berlaku ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad berkata ia ekoran hujan yang turun secara berterusan lebih daripada 12 jam.

“Ia telah menjejaskan beberapa daerah di negeri ini seperti Kerian, Manjung dan beberapa lagi kawasan disebabkan oleh banjir kilat,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya beberapa agensi terlibat antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Angkatan Pertahanan Awam dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) diminta bersiap sedia menghadapi kejadian banjir kilat.

“Pihak Kerajaan Negeri juga telah menunggu laporan teknikal daripada Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) mengenai perkara kejadian banjir kilat yang kerap di beberapa lokasi dan langkah penambahbaikan untuk saliran kawasan terjejas,” katanya.

Ujarnya lagi, keadaan empangan air dan Sungai Perak masih di dalam keadaan normal malah kejadian banjir kali ini disebabkan hujan lebat turun berterusan dan sistem saliran tidak mencukupi bagi menampung air yang turun daripada kawasan gunung berhampiran.

“Keadaan Sungai Perak juga masih dalam keadaan normal namun kita sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");